Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alha Alfa sertai misi bantuan Palestin di Mesir

    Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bakal bertolak ke Kaherah, Mesir bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Zionis pada 10 Jun ini.

    Kata Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 36, tujuan dia menyertai misi tersebut adalah bagi melihat dan merasai sendiri penderitaan dihadapi pelarian rakyat Palestin di sana.

    “Saya sendiri sebagai pengasas Alha Alfa akan ke Mesir pada 10 Jun ini untuk melihat apa keperluan yang boleh kita usahakan untuk pelarian di sana.

    “Sebagai pemegang amanah penyumbang, saya ingin melihat dan merasai sendiri keperitan dan susah payah saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Alha bakal bertolak ke Kaherah bermula 10 Jun sehingga 17 Jun 2024 dengan kerjasama organisasi Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global.

    Dalam pada itu, Alha memberitahu pihaknya akan menyalurkan bantuan menerusi kaedah air drop ke kawasan Rafah termasuk air bersih, bekalan ubat-ubatan, makanan dan pakaian.

    Selain bantuan itu, Alha juga bercadang menyantuni mangsa-mangsa yang berada di hospital di kawasan berdekatan Kaherah bagi memberi sokongan moral.

    Malah, dia turut menyimpan niat untuk melakukan ibadah korban untuk disedekahkan kepada pelarian yang terkandas di sana.

    “Saya akan melawat anak-anak pelarian dari Palestin dan Syria di hospital berdekatan Kaherah dan bercadang nak buat aktiviti bersama mereka nanti,” ujarnya. – Agensi

    Alha turun padang menyalurkan bantuan pelarian Palestin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda