Alibaba bakal disenaraikan

HONG KONG, 13 NOV – Syarikat dalam talian China, Alibaba telah diberikan kebenaran untuk disenaraikan dalam pasaran saham Hong Kong, kata laporan hari ini, yang menjadikannya IPO terbesar di bandar itu hampir satu dekad.

Kelulusan untuk penjualan itu akan memberikan rangsangan besar kepada pihak berkuasa kewangan, tatkala Hong Kong telah dibelenggu protes pro-demokrasi selama beberapa bulan yang telah mencemarkan imejnya bagi keselamatan dan menjejas index Hang Seng.

Syarikat terbesar Asia itu akan melancarkan jerayawara selama seminggu bermula hari ini, bertujuan untuk menarik minat daripada institusi dan pelabur-pelabur runcit, kata South China Morning Post, yang dimiliki oleh Alibaba.

Ia menambah, memetik sumber yang tidak dinyatakan, bahawa harga saham akan dipersetujui pada 20 November, dengan dagangan dalam firma dijangkakan pada minggu 25 November.

Walau bagaimanapun, Bloomberg News melaporkan spekulasi di lantai perdagangan dewan niaga bahawa jualan saham mungkin terjejas akibat bantahan yang membelenggu bandar tersebut, dengan daerah pusat perdagangan di antara kawasan disasarkan oleh demonstrasi.

Alibaba yang telah disenaraikan di Nasdaq New York, telah merancang untuk disenaraikan pada musim panas, tetapi dibatalkan kerana bantahan pro-demokrasi dan perang perdagangan China-AS.

Jika berjaya, IPO bernilai AS$15 bilion akan menjadi yang terbesar sejak firma gergasi insurans AIA mengumpul AS$20.5 bilion pada tahun 2010. Bagaimanapun, ia lebih rendah daripada AS$20 bilion yang dijangka dikumpulkan. – AFP

Alibaba Group menjana AS$38.4 bilion semasa Festival Belah-belah Global 2019. – AP