Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Alibaba belum umumkan pendapatan jualan Singles Day

    BEIJING, 14 NOV – Syarikat e-dagang China Alibaba belum mengeluarkan angka jualan penuh untuk acara tahunan Singles Day buat pertama kali, ketika ekonomi lembap menjejaskan permintaan.

    Dilancarkan pada 2009, Singles Day ialah festival membeli-belah terbesar di dunia, lebih besar daripada acara di Amerika Syarikat seperti Black Friday dan Cyber Monday dari segi jualan.

    Jualan Alibaba tahun lalu mencecah 540.3 bilion yuan (AS$76.1 bilion), dan ramai ingin melihat sama ada syarikat dan peruncit lain yang mengambil bahagian mampu menggabungkan jualan berjumlah 1 trilion yuan tahun ini.

    Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Alibaba berkata keputusan pada acara tahun ini ‘adalah sejajar dengan tahun lalu meskipun cabaran besar dan kesan berkaitan COVID,’ tanpa memberi butiran lanjut. Kira-kira 290,000 jenama mengambil bahagian pada 2022, dengan peniaga menawarkan pelbagai diskaun bermula pada akhir Oktober.

    Firma penyelidikan Syntun meramalkan sebelum ini bahawa platform termasuk Alibaba dan JD.com telah mencecah 262 bilion yuan di antara 8 malam Khamis dan 2 petang Jumaat. – AFP

    Pekerja perkhidmatan hantaran memunggah bungkusan untuk dihantar kepada syarikat di Beijing pada 11 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...