Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alibaba.com perkenal alat AI perkasa PMKS

    KUALA LUMPUR, 28 JUN – Alibaba.com, platform e-dagang perniagaan ke perniagaan (B2B) di bawah Alibaba International Digital Commerce Group, mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh dunia dengan meningkatkan alat kecerdasan buatannya (AI).

    Diumumkan sempena Hari PMKS, inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan peluang perdagangan dan mempelbagaikan rangkaian pembekal, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menjelang Hari PMKS pada 27 Jun, Alibaba.com berkata ia setakat ini telah menarik penggunaan sekitar 30,000 perniagaan di platformnya.

    Ini sejajar dengan ulang tahun ketujuh Hari PMKS Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mengiktiraf peranan penting PMKS dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dan sumbangan ekonomi global mereka.

    Presiden Alibaba.com, Kuo Zhang, yang mengambil bahagian dalam Kajian Global Bantuan dan Perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menekankan kepentingan memastikan tiada PMKS di negara kurang membangun yang dibiarkan keciciran dalam era AI. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda