Wednesday, November 20, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alice Teo menang hadiah utama CCM Swipe & Win

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Tuah menyebelahi Teo Mui Huee @ Alice apabila fail yang dipilihnya merupakan hadiah utama bagi Promosi Cuti-Cuti Malaysia (CCM) Swipe & Win dalam majlis penyampaian hadiah promosi yang berlangsung di Pejabat Tourism Malaysia Brunei Darussalam, hari ini.

    Hadir menyaksikan penyampaian hadiah kepada lapan orang finalis terpilih bagi promosi berkenaan ialah bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan; Pengarah Urusan Straits Central Agencies (SCA), Haji Musa bin Haji Adnin; Pentadbir SCA, Hajah Saudah binti Hashim; Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim; Pengarah Tourism Malaysia Brunei Darussalam, Hazrina Azman; Wajah Kempen CCM, Dayang Iffah Fifi dan jemputan khas.

    Dalam majlis berkenaan, hadiah di tempat pertama hingga ketiga telah disampaikan oleh Davern Lim di mana hadiah pertama dimenangi oleh Alice Teo yang membawa pulang 30,000 Royal Skies Miles, penginapan empat hari tiga malam di Pulau Pinang serta set bagasi Samsonite.

    Hadiah kedua telah dimenangi oleh Dayang Amirah Haziqah binti Abu Bakar yang membawa pulang 30,000 Royal Skies Miles, penginapan tiga hari dua malam di Dorsett Kuala Lumpur serta kamera INSTA360 Go.

    Manakala itu, hadiah ketiga dimenangi oleh Lucy Formoso Velee yang membawa pulang 25,000 Royal Skies Miles, penginapan tiga hari dua malam di Kuching serta bagasi kabin American Touristar dan Apple AirTag.

    TYT Datuk Mohd Aini Atan dan jemputan khas bergambar ramai dengan para pemenang yang diraikan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y . H
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Hajah Saudah semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah pertama Pertandingan CCM IG Reel. – GAMBAR OLEH SIM Y . H

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Alice Teo berkata dia tidak menyangka akan memenangi hadiah pertama dalam promosi berkenaan serta terkejut apabila dipilih sebagai finalis bagi promosi itu dan memenangi hadiah utama.

    Kempen itu diadakan bermula pada Ogos hingga 31 Oktober 2024 di mana ia menawarkan semua pemegang kad Baiduri yang berbelanja minimum $20 dalam satu resit dengan kad kredit atau debit Baiduri di Malaysia mendapat satu peluang, manakala pembayaran dibuat di SCA menerima tiga peluang untuk memasuki cabutan bertuah promosi berkenaan.

    Pengurus Besar SCA, Nur Khadijah Abdullah berkata mereka telah menerima maklum balas yang amat positif daripada kempen yang diadakan pada 2023 dan oleh itu, pihaknya menambah jumlah hadiah untuk dimenangi daripada lima kepada lapan hadiah bagi kempen 2024.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan kongsi mereka, Tourism Malaysia dan Bank Baiduri yang memberikan kepercayaan kepada SCA menerusi kolaborasi itu dan kekal meneruskan hubungan kerjasma berkenaan terutamanya dalam persiapan untuk mengalu-alukan Tahun Melawat Malaysia 2026.

    Sementara itu, Hazrina dipetik menyatakan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan bagi warga Brunei dan untuk mencapai sasaran 1.3 juta ketibaab dari Brunei tahun ini, kolaborasi berterusan dengan rakan kongsi pelancongan tempatan memberikan kesan yang signifikan.

    Dalam hubungan itu, pihaknya amat teruja untuk bekerja SCA dan Bank Baiduri dalam kempen itu serta berharap kerjasama akan terus berkembang.

    Hazrina menambah, Malaysia telah mencatatkan 811,833 ketibaan pelancong Brunei pada 2023 dan menjangkakan pertumbuhan positif menjelang hujung 2024.

    Manakala itu, Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chong dipetik mengongsikan bahawa Bank Baiduri adalah komited untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mereka dengan menawarkan nilai luar biasa menerusi promosi eksklusif seperti Kempen CCM Swipe & Win.

    Insiaitif itu, tambahnya, bukan sahaja memberikan ganjaran kepada pemegang kad mereka bagi kesetiaan mereka tetapi juga menyokong kolaborasi bermakna dengan rakan-rakan sepert Tourism Malaysia dan SCA.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah Pertandingan CCM IG Reel bersempena dengan Kempen CCM dengan hadiah pertama dimenangi oleh @apakanfizah, hadiah kedua dimenangi oleh @cin4uu dan tempat ketiga dimenangi oleh @kerol.anuar dengan hadiah para pemenang disampaikan oleh Hajah Saudah.

    Bagi mengakhiri kempen berkenaan, Hari Terbuka CCM juga diadakan di Pejabat Tourism Malaysia dengan SCA menawarkan pakej-pakej CCM diskaun, tawaran hotel hebat di Malaysia dan barangan SCA dan Tourism Malaysia edisi khas, baucar Parkson, kemeja-t Sabah Tourism dan bermacam-macam-lagi.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda