Monday, October 21, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alicia Amin, suami sah bercerai

    Pelakon dan model sensasi, Alicia Amin, 28, mengesahkan bercerai talak satu secara baik dengan suaminya, Dr Farzan Iqbal, 29, semalam.

    Bagaimanapun, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu enggan mendedahkan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan.

    Mengulas lanjut, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin reda dengan takdir yang tertulis. Bagaimanapun, hubungannya dengan bekas suami masih baik.

    “Saya baik-baik sahaja. Kami masih berkawan baik dan tiada drama,” katanya kepada BH Online.

    Terdahulu, pelakon drama The Bridge dan Ex Aku Pontianak itu mencetuskan spekulasi ramai mengenai statusnya selepas memuat naik hantaran di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

    Dalam video itu, Alicia mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam.

    Sambil dipayungi seorang lelaki, Alicia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan akan mahkamah.

    Video itu dilatari lagu nyanyian Joe Flizzow berjudul Baek. Antara lirik diselitkan, ‘jumpa janda baik bawa balik janda baik’.

    Alicia dan Farzan mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2021 dalam satu majlis ringkas. Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    Alicia dan Dr Farzan masih baik biarpun rumah tangga mereka hanya bertahan selama dua tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda