Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya

    Tindakan pelakon dan penyanyi Alif Satar mengaut najis kerbau yang bertaburan di atas jalan raya menerima pujian warganet.

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Alif atau Alif Mohd Satar, 34, dilihat tanpa rasa geli sanggup membersihkan najis tersebut menggunakan skop.

    Difahamkan kejadian berlaku ketika Alif sedang melakukan rutin senaman hariannya di sekitar kawasan berkenaan.

    Tindakan mulia Alif itu turut menjadi perhatian beberapa individu yang melalui jalan raya berkenaan, malah ada juga yang sempat mengucapkan terima kasih.

    Menurut perkongsian mStar, Alif sempat berseloroh bertanyakan gerangan pemilik haiwan tersebut.

    Tindakan Alif membersihkan najis dipuji pengguna jalan raya tersebut. – mStar

    Jelasnya, kehadiran kerbau di kawasan bandar dibimbangi akan mengundang bahaya kepada pengguna lalu lintas.

    “Hari ini berbeza sikit sesi senaman aku, siapa punya kerbau ini? Baik mengaku. Siapa sangka tengah-tengah bandar pun ada tahi kerbau tengah jalan. Kalau tengah malam ia melintas, orang tak nampak memang bahaya,” katanya menerusi kapsyen.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pelakon itu menunjukkan teladan yang baik demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain.

    “Pahala pagi Jumaat, memudahkan laluan orang awam. Terima kasih Alif.

    Next PRU kita undi Alif jadi wakil rakyat,” komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda