Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar jual nasi ayam bantu golongan terjejas

    Penularan COVID-19 sejak tahun lalu telah mengakibatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia terkesan dari aspek sosial dan ekonomi.

    Justeru dalam usaha membantu golongan yang terjejas, selebriti serba boleh dan AEON Retail Malaysia (AEON) telah bekerjasama menganjurkan kempen ‘Cabaran SAMBADO’ yang mana orang ramai boleh membeli sambil menderma produk Nasi Ayam SAMBADO (Nasi Ayam Sambal Abang Sado).

    Menurut Alif, dia tergerak hati untuk membantu selepas melihat ramai orang kehilangan punca pendapatan dan tidak kurang yang terjejas teruk akibat daripada penularan virus pandemik itu.

    “Saya sedih melihat ramai terkesan akibat COVID-19. Saya sendiri mengalami keperitan penyakit ini.

    “Disebabkan itu, saya tergerak untuk memainkan peranan secara langsung dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui kerjasama dengan AEON,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelacanran Nasi Ayam SAMBODA secara dalam talian baru-baru ini.

    Menurut Alif, dia tergerak hati untuk membantu selepas melihat ramai orang kehilangan punca pendapatan dan tidak kurang yang terjejas teruk akibat COVID-19. – Agensi

    Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin dan Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin.

    Tambah Alif, antara faktor dia memilih untuk memasarkan Nasi Ayam SAMBADO ini adalah disebabkan kuantiti produk yang besar, harga berpatutan dan memenuhi selera orang ramai.

    “Nasi ayam ini adalah resepi daripada seorang individu, di mana ketika itu saya ke rumahnya untuk memberi sokongan terhadapnya.

    “Saya rasa nasi ayam dia sedap dan sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Jadi saya terfikir untuk menjual sambil membantu orang ramai.

    “Bila AEON hubungi saya untuk jalinkan kerjasama membantu mereka yang terjejas, saya tak fikir panjang untuk promosikan nasi ayam ini,” jelasnya.

    Tambah Alif, setiap 10 paket penjualan Nasi Ayam SAMBADO, satu paket akan disumbangkan kepada golongan B40, golongan yang kehilangan pekerjaan dan hilang punca pendapatan. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda