Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar kagum isteri habiskan larian walaupun hamil

    Penyanyi dan pelakon Alif Satar meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap isterinya, Shadila Halid yang berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer walaupun sedang hamil empat bulan.

    Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar,35, pencapaian itu bukan sahaja mengejutkannya, malah turut memberikan inspirasi kerana bukan mudah untuk melakukan aktiviti lasak dalam keadaan berbadan dua.

    “Keazaman lebih kuat daripada fikiran, dan Shadila membuktikannya dengan penamat yang mantap.

    “Dia habiskan larian pertamanya sejauh 10km ketika hamil empat bulan. Saya sangat terinspirasi. Tahniah, sayang,” katanya.

    Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang kelmarin, menurut laporan mStar.

    Bercerita lanjut, Alif berkata, Shadila sebelum ini tidak begitu berminat menyertai aktiviti larian.

    Bagaimanapun, Alif terkejut apabila isterinya itu secara tiba-tiba mendaftar untuk menyertai sebuah acara larian.

     “Satu pencapaian besar hari ini dan saya sangat bangga. Daripada dulu saya selalu ajak Shadila berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut. Tiba-tiba dia cakap, yang dia dah daftar untuk acara itu,” ujarnya.

    Tambah Alif, isterinya itu sempat berehat selama sebulan daripada latihan akibat alahan pagi (morning sickness).

    Malah, pada malam sebelum acara berlangsung, Alif masih bimbang sama ada Shadila mampu menamatkan larian tersebut.

    Namun begitu, berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, Shadila berjaya menamatkan larian tersebut.

    Untuk rekod, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 10, Ariana Mecca, lapan, dan Muhammad Ali yang kini berusia enam tahun. – Agensi

    Shadila berjaya tamatkan larian 10km. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda