Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar pernah jalani latihan bersama MU

    Penyanyi dan pengacara, Alif Satar, berkongsi kenangan lama pernah menjalani latihan bola sepak bersama kelab terkemuka iaitu Manchester United (MU) di England.

    Cerita Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, dia tidak dapat melupakan momen indah beraksi bersama bekas pemain pasukan itu iaitu Wes Brown pada tahun 2000.

    Sepanjang tempoh latihan itu, dia juga mendapat bimbingan daripada jurulatih Paul Scholesy.

    “Saya kata pernah berlatih dengan MU. Ada orang percaya? Kenangan sekitar tahun 2000 hingga 2001.

    “Antara detik yang menarik saya dapat belajar heading dengan Wes Brown dan shoot bola dengan Scholesy. Epik!” katanya.

    Ramai tidak sangka Alif pernah menjalani latihan di bawah kelab Manchester United. – mStar

    Alif berkongsi kenangannya itu menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

    Dia turut memuat naik gambar sijil menyertai latihan bersama kelab berkenaan ditandatangani oleh bekas pengurus pasukan, iaitu Alex Ferguson.

    Menurut Alif sejak kecil lagi dia aktif mengikut latihan bola sepak tempatan sehingga namanya dipilih menjadi salah seorang pemain untuk mendapatkan bimbingan kelab dari England itu.

    Malah dia turut berseloroh memberitahu teknik bermain yang dimilikinya hampir sama seperti pemain sensasi David Backham.

    “Kalau bercakap tentang bola sepak, agak istimewa sikit sebab saya pandai bermain.

    “Saya boleh berlari tanpa henti dan teknik passing bawah sikit dari Beckham.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda