Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar sayu bertemu Faizal Tahir di Arafah

    Penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar tidak pernah membayangkan dapat menunaikan ibadah haji bersama penyanyi Faizal Tahir yang juga sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

    Ini kerana kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, sebelum ini mereka beberapa kali pernah merancang untuk mengerjakan umarah bersama di Tanah Suci Mekkah namun ia tidak pernah menjadi kenyataan.

    “Momen bersama abang saya, Haji Faizal Tahir. Dari dulu, bersembang pasal nak buat umrah sama-sama tak pernah menjadi.

    “Rupanya kita cuma merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang,” katanya.

    Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada hari ini.

    Dalam pada itu, memetik dari mStar, penyanyi lagu Jangan Nakal ini memberitahu dia bertemu dengan Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, ketika berada di Padang Arafah, Mekkah bagi melakukan rukun Wukuf.

    Alif Satar dan Faizal Tahir dikurniakan rezeki menunaikan ibadah haji bersama. – mStar

    Kata Alif, dia memanjatkan kesyukuran dengan nikmat rezeki diberikan dan akan mengingati kenangan manis bersama Faizal di Padang Arafah untuk selamanya.

    “Melaksanakan ibadah haji ini tidak pernah bincang sama-sama pun dan secara fitrahnya sekarang kami sama-sama berada di Arafah dengan berkat rezeki yang diberikan oleh-Nya.

    “Sejak 2006 sampai sekarang dapat menunaikan haji 2023. Allahuakbar, saya akan hargai pengalaman ini selamanya,” ujarnya.

    Sementara itu, Alif turut berkongsi keadaan cuaca sewaktu mengerjakan wukuf di Arafah dimana ia diibaratkan seperti 10 kali ganda ketika berada di dalam kereta tanpa memasang penghawa dingin.

    “Siapa yang ada pengalaman buat haji, memang sudah tahu cuaca di Arafah macam mana.

    “Kalau nak tahu macam mana rasanya, masuk kereta sewaktu tengah hari tapi jangan pasang penghawa dingin… darab 10 kali.

    Alhamdulillah, Allah mudahkan,” katanya.

    Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.

    Alif turut berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda