Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif takut dijulang

    Jika perlu menamakan seorang artis yang wajar dicontohi, barangkali Alif Satar antara yang paling tepat berikutan perjalanan kerjaya seninya bersih tanpa sebarang kontroversi.

    Malah, sikap merendah diri yang sering ditampilkan sejak terjun dalam industri hiburan 18 tahun lalu menjadikan Alif antara artis yang mudah mesra sama ada dengan produksi, rakan artis dan pengamal media.

    Bukan itu sahaja, gerakan kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkan sejak Oktober tahun lalu berjaya menghimpunkan ribuan jemaah di masjid pada waktu Subuh, sekali gus meletakkan Alif dalam kelas tersendiri.

    Bermula selepas memenangi tempat ketiga program realiti, One In A Million pada 2006, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, mengaku perjalanan ditempuh untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah.

    Dalam pelbagai cabaran dilalui untuk mengukuhkan nama, penerima trofi Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 itu tidak patah semangat berikutan minatnya untuk terus berkarya.

    “Ini bukan satu jalan mudah untuk saya lalui. Saya anggap bidang seni sebagai bisnes dan saya adalah produknya. Walaupun ada yang suka dengan apa saya jayakan, saya tetap mahu tambah baik.

    “Saya perlu sentiasa tambah baik diri sendiri, tapi tidaklah sampai rasa tertekan untuk buat sesuatu. Saya jenis orang yang akan bersemangat ketika buat apa sekalipun.

    “Mungkin saya cakap sahaja tak minat, tapi sebenarnya saya lahir untuk buat ini (karier seni). Jadi, saya akan bersungguh-sungguh dengan apa yang saya buat sekarang ini,” katanya kepada BH Online ketika ditemui selepas sesi rakaman Podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini. – Agensi

    Alif jaga tingkah laku, bimbang terlebih cakap atau terkeluar perkataan tidak sepatutnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda