Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Aziz tak baca komen, demi jaga ketenangan emosi

    Enggan terbabit dalam situasi toksik, penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan dia enggan membaca komen ditinggalkan warganet dalam media sosial.

    Aliff berkata, amalan itu dilakukan demi menjaga emosi dan mula dibuat selepas menjadi peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang mula bersiaran September lalu.

    “Sejujurnya, saya sudah tidak membaca komen dalam media sosial. Saya lakukan sedemikian kerana mahu ketenangan fikiran. Apakah matlamat utama menyertai program realiti ini.

    “Saya tak nak disebabkan terlalu sibuk baca komen, matlamat berubah kerana nak memuaskan hati semua orang.

    “Sebagai manusia, hati saya boleh berbolak-balik. Seribu jarum cucuk, mustahil tiada satu pun masuk.

    Aliff sudah tidak membaca komen dalam media sosial demi mencari ketenangan fikiran. – mStar

    “Lagipun, umi saya ada pesan, macam mana pun, kita tak mampu nak puaskan hati orang.

    “Walaupun ada penyanyi yang digemari, tetapi wujudkan situasi lebih sihat dan positif. Tak mahulah berlaku perkara toksik seperti kecaman dan maki hamun antara satu sama lain. Itu tidak bagus,” katanya kepada BH Online.

    Tambah penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Sayang Sayang ini, fikirannya kini semakin tenang selepas mengabaikan komen dilontarkan warganet.

    “Saya rasa lebih aman dan tenteram. Ada yang mengatakan saya ‘koyak’ ekoran komen negatif. Saya tak nafikan kerana saya juga manusia biasa.

    “Saya sudah berusaha habis baik dan melalui pelbagai cabaran, tetapi bila timbul komen negatif, ia akan buat saya rasa kurang dihargai.

    “Jadi, tak perlu sakitkan hati sendiri dengan membaca komen seperti itu.

    “Bagaimanapun, tindakan untuk tidak membaca komen hanya dibuat untuk tempoh sementara sepanjang berada dalam program realiti ini,” tegas pelakon drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda