Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Aziz timang anak lelaki

    KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Bella Astillah melahirkan anak lelaki seberat 2.91 kilogram jam.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu berkata, anak lelakinya itu diberi nama Mohamad Ayden.

    Aliff turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat yang mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran itu.

    “Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, pada hari yang mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat.

    “Terima kasih ‘mummy’ kerana menjadi wanita kuat dan tabah sepanjang kehamilan ini. Buat anak lelakiku, selamat datang ke dunia.

    Aliff Aziz menimang cahaya mata sulung, Mohamad Ayden.
    Aliff Aziz menimang cahaya mata sulung, Mohamad Ayden.

    “Ini adalah saat yang telah lama dinantikan oleh mummy dan daddy. Buat cahaya mata sulungku, Mohamad Ayden Adrean, selamat hadir ke dunia dan menjadi penyeri buat keluarga,” kongsi Aliff menerusi gambar yang dimuat naik menerusi Instagram.

    Menerusi perkongsian yang dibuat Aliff dua jam lalu, kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya ketika menyambut kelahiran putera sulungnya itu.

    Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda