Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff ceraikan Bella talak satu

    Kemelut rumah tangga yang melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan isterinya pelakon Bella Astillah berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

    Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz, 33, melafazkan cerai talak satu terhadap Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan penyanyi wanita itu.

    “Mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq terhadap pasangan ini.

    Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan penceraian dan mensabitkan berlaku penceraian talak satu kali kedua mulai hari ini serta memerintahkan plaintif (Bella) menjalani tempoh idah selama tiga kali suci,” kata hakim syarie itu.

    Wan Mohd Najib turut merekodkan perjanjian penyelesaian kedua-dua pihak iaitu plaintif melepaskan haknya terhadap mutaah, nafkah iddah dan hutang perkahwinan serta hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada plaintif.

    Terdahulu, peguam Syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Bella memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak (Bella dan Aliff) tidak akan menuntut hak harta sepen-carian dan Aliff bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Bella sepenuhnya selaku ibu kandung serta tidak membuat sebarang tuntutan nusyuz terhadap penyanyi wanita itu.

    Peguam Syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh yang mewakili Aliff mengesahkan perkara itu.

    Bella memfailkan permohonan cerai secara fast track terhadap Aliff pada 11 Mac lepas mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan mereka sudah tiada persefahaman dan tiada mawaddah (cinta dan kasih sayang). – Bernama

    Hubungan Aliff dengan Bella berakhir dengan perpisahan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda