Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri beri anak telefon sendiri bila umur 13 tahun

    Perkongisa usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri membelikan telefon bimbit buat anak ketiganya iaitu Ibraheem Adham mendapat perhatian sehingga tular di media sosial.

    Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, sejak awal dia memang mendidik anak-anaknya hanya boleh memiliki telefon sendiri apabila mereka mencecah usia 13 tahun.

    Aliff memberitahu Ibraheem sudah lama memintanya membeli telefon berkenaan namun dia tidak menunaikan permintaan tersebut kerana enggan memanjakan anak-anak.

    “Saya tak tahu isu fasal telefon itu akan tular, dia (Ibraheem) dah minta lama sejak dia berusia sembilan tahun lagi.

    “Tapi saya memang beritahu anak-anak untuk ada telefon sendiri apabila usia mereka mencapai usia 13 tahun ke atas,” katanya kepada mStar.

    Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis makan malam bersama media di kediamannya yang terletak di Damansara, Selangor pada malam Selasa.

    Dalam pada itu, Aliff berkata, dia bukan tidak mampu namun enggan mendidik anak-anaknya dengan kemewahan kerana bukan mudah hidup senang.

    Malah kata Aliff, seboleh-bolehnya dia mahu membeli gajet paling murah buat Ibraheem kerana tidak mahu anaknya itu leka dengan telefon.

    “Saya tak nak didik anak saya beli telefon mahal, kalau boleh saya nak beli paling murah. Ikutkan hati nak belikan Android tapi sebab ramai pengguna iPhone saya belilah jenama itu tetapi model paling murah.

    “Saya tak mahu kerana ibu bapa kaya, anak-anak boleh senang-senang pakai telefon mahal, saya dan isteri nak sampai ke tahap ini pun bukan mudah,” jelasnya.

    Pada Isnin lalu, hantaran Aliff membelikan telefon bimbit buat Ibraheem menerima pujian ramai.

    Rata-rata warganet memuji sikap Aliff sebagai bapa yang pandai mendidik anak-anak kerana tidak memanjakan mereka dengan gajet. – Agensi

    Aliff hanya akan belikan anak-anak telefon bimbit pada usia 13 tahun ke atas. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda