Sunday, June 30, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Aliff Syukri bidas kenyataan Melati

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri pernah membuka ruang kepada bekas pembantu peribadinya iaitu Melati Abdul Ghani untuk berbincang bagi menyelesaikan isu fitnah sebelum meneruskan saman terhadapnya sebelum ini.

    Aliff sebaliknya menyifatkan Melati, 47, seorang yang degil dan mempunyai ego tinggi apabila tidak menghargai peluang membuat permohonan maaf sehingga terpaksa membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

    “Saya sudah bagi peluang untuk berbincang. Saya sudah beri masa untuk buat permohonan maaf.

    “Tapi pihak sana (Melati) terus berdegil dan ego tinggi.

    “Bila dah kena bayar saman sampai surat masuk penjara, baru kau nak ingat Allah? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah,” katanya.

    Aliff dan Shahida meneruskan saman terhadap Melati. – mStar

    Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Respons itu dibuat sebagai menjawab kenyataan Melati ketika dihubungi mStar yang berharap Aliff dan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida membatalkan niat mereka meneruskan saman mengkomitkan dia ke penjara.

    Dakwa Melati, disebabkan perkara itu dia sering menangis dan berasa tertekan sehingga mengalami masalah anxiety.

    Malah dia sudah tidak mempunyai wang melantik peguam bagi mempertahankan diri di mahkamah.

    Dalam pada itu, Aliff menegaskan fitnah dilemparkan terhadapnya dan keluarga sebelum ini turut menyebabkan dia mengalami kerugian selain berasa terhina.

    Usahawan itu memberitahu, bukan sahaja Melati tetapi dia akan mengheret empat lagi individu yang tidak didedahkan identitinya untuk tindakan undang-undang. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...