Anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menolak permintaan bapanya yang mahu mencari calon menantu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Ammar, 17, berkata dia tidak mahu menerima bakal isteri menerusi pencarian orang tuanya di media sosial.
Kata Ammar, dia lebih selesa sekiranya bertemu jodoh ketika menyambung pelajaran di universiti.
“Janganlah abah (panggilan Aliff), sekarang ini belum pernah lagi orang cakap jumpa jodoh oleh ayahnya sewaktu buat live.
“Tak naklah abah. Ammar kalau nak jumpa calon isteri biarlah di universiti atau bercinta di sekolah. Ini macam pelik pula,” katanya.
Ammar berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik di TikTok.
Dalam perkongsian itu juga, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, memberitahu dia bakal menyerahkan wang hantaran sebanyak RM50,000 kepada calon isteri Ammar termasuk menyediakan rumah dan kereta mewah.
“Ada tak orang yang nak jadi menantu saya? Cuba komen kalau nak.
“Hantaran saya beri RM50,000. Saya akan sediakan barang kemas, rumah banglo dan kereta Mercedes,” ujarnya.
Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Nur Shahida pada Ogos 2007. Selain Ammar, pasangan ini mempunyai lima lagi cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. – Agensi


