Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri enggan kahwin lain kalau isteri tiada

    Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tidak akan berkahwin lain jika ditakdirkan isterinya dijemput Ilahi suatu hari nanti.

    Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, isterinya iaitu Datin Seri Shahida merupakan satu-satunya wanita di hatinya yang ada ketika dia susah dan senang.

    “Saya sendiri pernah hadapi dugaan dalam rumah tangga tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri tercinta.

    “Selama 18 tahun kami bersama, Alhamdulillah segala pahit dan getir berjaya ditempuhi sampaikan hampir bercerai.

    “Tapi kalau ditakdirkan isteri saya tiada, mungkin saya tidak akan berkahwin lagi,” katanya kepada mStar.

    Aliff berkongsi perkara itu ketika majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World, Petaling Jaya pada petang Selasa.

    Sedar sepanjang Oktober banyak berita penceraian selebriti dilaporkan, Aliff berharap pasangan yang berdepan dugaan rumah tangga tidak terburu-buru sebelum membuat keputusan berpisah.

    Sebaik-baiknya kata Aliff, pasangan suami isteri perlu ‘membuang’ perkataan cerai jauh-jauh daripada pemikiran mereka.

    “Bulan ini terlalu banyak kes bercerai, saya nak nasihatkan para isteri agar berbaik dengan suami anda.

    “Apabila saya tengok orang bercerai, saya faham situasi itu bukan mudah sebab ibu bapa saya juga bercerai.

    “Tiada pasangan dalam dunia ini mahu berpisah tapi saya ambil pendekatan apabila ada niat berkahwin jangan pula pasang niat nak bercerai,” ujarnya.

    Untuk rekod, Alif dan Shahida atau Nur Shahida Mod Rashid, 39, mendirikan rumah tangga pada 2007.

    Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. – Agensi

    Aliff berpendapat suami isteri perlu ‘membuang’ perkataan cerai jauh-jauh. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda