Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Aliff Syukri takut dilabel orang tua tak sedar diri

    Menyedari anak-anak semakin meningkat remaja, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya.

    Menurut Aliff, 36, dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.

    “Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia bertanya, abah kenapa video tular macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah tu lagi penting.

    “Kita nampak anak kita dah membesar remaja, menjadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.

    “Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” katanya kepada mStar.

    Mengimbau kembali beberapa isu panas membabitkan dirinya sebelum ini, Aliff berkata dia tidak sanggup lagi terkait dengan sebarang kontroversi kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.

    Justeru itu, penyanyi lagu Coba ini nekad berubah dan memberi tumpuan kepada perniagaan.

    “Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.

    “Kita kena sedar diri, kita akan tua kerana tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.

    “Dalam tahap sekarang ni, saya nak kekalkan sahaja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia kini mula memperlahankan rentak di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian warganet. – Agensi

    Aliff kini mula memperlahankan rentak di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...