Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aliff Syukri tampil mohon maaf, padam MV raya

    Selepas ditegur ibunya kerana memuat naik klip video single terbaharu berjudul Love Raya memaparkan aksi lelaki menari menggeletis, usahawan sensasi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf.

    Memetik laporan mStar, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, yang berkecil hati dengan kecaman diterima berkata beliau sudah mengeluarkan kos yang besar untuk menghasilkan lagu dan MV berkenaan.

    “Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video saya tu, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

    “Memang saya kecil hati sebab saya dah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari, juruvideo.

    “Tapi netizen tak tengok lagi dah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

    Dalam pada itu, Aliff memberitahu beliau juga mengambil keputusan memadam video berkenaan daripada media sosial miliknya.

    “Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri

    “Saya dah padam video itu. Padahal orang kat luar lagi banyak buat benda pelik-pelik,” ujarnya.

    Terdahulu, Rozita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aliff dan menyifatkan MV tersebut mencemarkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan. – Agensi

    Aliff Syukri padam klip video raya meskipun sudah berhabis ribuan ringgit. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...