VILNIUS, 10 FEB – Aliran elektrik antara negara Baltik iaitu Estonia, Latvia dan Lithuania dengan Rusia secara rasmi dihentikan Sabtu lalu selepas pegawai memutuskan talian penghantaran grid era Soviet dan bersedia untuk menyertai seluruh Eropah, kelmarin.
Ia berlaku lebih 30 tahun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, menamatkan hubungan terakhir Baltik dengan Rusia yang kaya dengan minyak dan gas. Bagi ketiga-tiga negara itu, serta seluruh Eropah, langkah itu penuh dengan kepentingan geopolitik dan simbolik.
“Sistem tenaga Baltik akhirnya berada di tangan kami, dan sekarang kami berada dalam kawalan penuh,” kata Menteri Tenaga Lithuania, Zygimantas Vaiciunas, kepada pemberita.
Semua talian penghantaran yang tinggal di antara mereka dan Rusia, Belarus dan eksklaf Rusia Kaliningrad, yang terjejas di antara anggota Kesatuan Eropah (EU), Poland dan Lithuania serta laut, telah dihentikan satu demi satu Sabtu lalu. Didahului oleh Lithuania — di mana jam 9 meter yang diadakan khas di pusat bandar Vilnius mengira detik akhir — kemudian Latvia beberapa minit kemudian, diikuti Estonia.
Selama 24 jam selepas berpisah daripada grid era Soviet, Sistem Kuasa Baltik akan beroperasi secara bebas. Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, sistem kuasa akan bergabung dengan rangkaian tenaga Eropah melalui beberapa pautan dengan Finland, Sweden dan Poland.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, serta Presiden Poland dan negara Baltik, dijangka mengadakan majlis di Vilnius kelmarin bersama-sama dengan orang kenamaan lain.
Negara-negara Baltik, yang kesemuanya ahli NATO, sering mempunyai hubungan dingin dengan Rusia sejak mengisytiharkan kemerdekaannya daripada USSR pada 1990 – dan hubungan semakin memburuk berikutan pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine pada 2022.
Enam belas talian kuasa yang digunakan untuk menghubungkan negara-negara Baltik dengan Rusia dan Belarus telah dibongkar sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila grid baharu yang menghubungkan mereka dengan seluruh EU telah diwujudkan, termasuk kabel bawah air di Laut Baltik. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P20-1A_11022025.jpg)