Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    Alkohol bunuh 2.6 juta orang setiap tahun

    GENEVA, 26 JUN – Alkohol membunuh hampir tiga juta orang setiap tahun, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin, sambil menambah bahawa walaupun kadar kematian menurun sedikit dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia kekal tinggi.

    Laporan terbaharu agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai alkohol dan kesihatan itu berkata alkohol menyebabkan hampir satu daripada 20 kematian di seluruh dunia setiap tahun, melalui pemanduan mabuk, keganasan dan penderaan akibat alkohol, serta pelbagai penyakit dan gangguan.

    Laporan itu berkata 2.6 juta kematian dikaitkan dengan pengambilan alkohol pada 2019 – statistik terkini yang tersedia – menyumbang kepada 4.7 peratus daripada kesemua kematian di seluruh dunia pada tahun itu.

    Hampir tiga perempat daripada kematian itu adalah lelaki, katanya.

    “Penggunaan bahan amat memudaratkan kesihatan individu, meningkatkan risiko penyakit kronik, keadaan kesihatan mental dan secara tragis mengakibatkan jutaan kematian yang boleh dicegah setiap tahun,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Beliau menegaskan bahawa terdapat “sedikit penurunan dalam pengambilan alkohol dan kemudaratan yang berkaitan di seluruh dunia sejak 2010.

    “(Namun) beban kesihatan dan sosial akibat pengambilan alkohol masih amat tinggi,” tambah beliau, sambil menekankan bahawa golongan muda terjejas secara tidak seimbang.

    Kadar tertinggi kematian akibat alkohol pada 2019 ialah tiga peratus, dalam kalangan orang berumur 20 hingga 39 tahun, kata WHO. – AFP

    Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa menyampaikan ucapannya di Geneva pada 27 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...