CLEVELAND, 20 Jan – LeBron James dan Kyrie Irving meraikan kegembiraan dengan kemenangan apabila disenaraikan ‘all-star NBA’ semalam dengan gabungan 47 mata dalam kemenangan Cleveland Cavaliers ke atas Phoenix Suns 118-103.
James, yang menerajui semua pemain dalam pengundian peminat, dan Irving disenaraikan ‘all-star’ Eastern Conference bagi perlawanan pada 19 Februari di New Orleans.
James telah mencatatkan 21 mata, menyamai mata tertingginya pada musim ini dengan 15 asis dan sembilan ‘rebound’.
Irving mencatatkan 26 mata apabila Cleveland mula membuat serangan, dengan hanya memenangi perlawanan kedua mereka dalam lima terakhir.
Itu akan menjadi permulaan kedua dan kemunculan keempat dalam ‘all-star’ bagi Irving dalam tempoh enam tahun, manakala James akan menjadi pemain kelima dalam sejarah NBA untuk muncul dalam kira-kira 13 perlawanan ‘all-star’.

Tyson Chandler mencatatkan 22 mata dan mendapat 16 ‘rebound’ bagi pasukan Suns selepas terlepas satu perlawanan kerana masalah perut.
Eric Bledsoe menggumpulkan 22 mata dan sembilan asis, manakala Devin Booker mencatat 21 mata, tujuh ‘rebound’ dan lapan asis bagi Sun yang tewas buat kali keempat dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Cleveland mendahului 21 dalam akhir separuh pertama dan tidak terancam oleh pasukan Suns yang mempunyai rekod teruk di Western Conference.
Kevin Love terlepas perlawanan itu kerana masalah belakang. – AFP