Allegri tinggalkan Juventus

ROM, 20 Mei – Pengurus Juventus Massimiliano Allegri mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di Turin pagi ini selepas anak buahnya terikat 1-1 di tangan Atalanta dalam saingan Liga Itali.

Sejurus tamat perlawanan, penyokong Juventus memberikan tepukan perpisahan kepada Allegri.

Allegri terpaksa berpisah selepas juara Itali itu mengambil keputusan tidak melanjutkan kontraknya musim depan biarpun dia membantu Old Lady meraih 11 trofi dalam lima tahun namun gagal mara ke final Liga Juara-Juara musim ini.

Sepanjang lima musim mengemudikan Juventus, Allegri melebarkan rekod kemenangan kelapan berturut-turut dengan musim pertama penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo.

Para penyokong turut memerikan tepukan kepada bekas pemain Piala Dunia, Andrea Barzagli yang membuat penampilan terakhirnya di Turin selepas lapan musm bersama.

Allegri mengucup trofi kejuaraan selepas perlawanan Serie A Juventus-Atalanta di Stadium Allianz, kelmarin. – AFP

Sebelum itu, Mario Mandzukic meledak gawang lawan ketika baki 10 minit perlawanan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Josip Ilicic pada minit ke-33.

Satu mata itu mencerahkan peluang Atalanta ke Liga Juara-Juara musim depan dengan berbaki satu perlawanan menentang Sassuolo yang mesti dimenanginya minggu depan.

Atalanta kini berganjak ke tangga ketiga berkongsi 66 mata bersama Inter selepas anak buah Luciano Spalletti’ kalah 1-4 di tangan Napoli. Juventus dan Napoli masing-masing sudah melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

AC Milan ketinggalan satu mata di belakang Inter manakala Atalanta kelima liga selepas Krzysztof Piatek dan Suso meledak membantu kemenangan 2-0 ke atas Frosinone.

Inter akan menentang Empoli pada aksi terakhir yang diramal sengit memandangkan Empoli mahu mengelak tersingir dari Serie A. – AFP