Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Allegri: Waspada Napoli

    MILAN, 28 Feb – Jurulatih pasukan Juventus, Massimiliano Allegri (gambar) memberi amaran terhadap rasa puas hati apabila gergasi Turin itu melayan Napoli dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Itali, lewat hari ini.

    Harapan Napoli untuk terus kekal dalam pemburuan gelaran tersebut terjejas dengan kekalahan memalukan 2-0 kepada Atalanta yang beraksi dengan 10 pemain Sabtu lalu yang menyaksikan mereka ketinggalan 12 mata dari tangga teratas.

    Walaupun kedudukan terbalik Juve di laman sendiri dalam kekalahan pada September 2015 dan mereka merekodkan kemenangan ke 30 berturut-turut di Turin dengan kemenangan 2-0 ke atas Empoli Sabtu lalu, Allegri mengharapkan pasukan Maurizio Sarri itu akan menekan mereka.

    “Sekarang, tumpuan kami adalah Piala Itali. Kami mahu mara ke persaingan akhir ketiga dan ia bukanlah mudah kerana kami menentang pasukan yang masih lagi berang selepas kekalahan Sabtu lalu,’ kata Allegri semalam.

    “Napoli belum menjadi pasukan yang teruk dalam tempoh tiga hari. Beraksi di gelanggang sendiri adalah penting bagi kami jika kami mahu mengekalkan permainan bersih.”

    Juventus, yang berusaha bagi kemenangan liga buat kali ketiga berturut-turut dan dua Piala, melebarkan jurang tujuh mata ke atas Roma dalam Serie A selepas pasukan Giallorossi itu menewaskan Inter Milan 3-1 di San Siro Ahad lalu.

    Seperti yang dilakukannya Sabtu lalu, Allegri bersedia untuk merehatkan Gianluigi Buffon dan menyerahkan tugasan menjaga gawang kepada Norberto Neto bagi perlawanan kedua berturut-turut.

    “Neto akan beraksi sekali lagi esok,” kata Allegri. “Dia seorang penjaga gawang yang hebat dan selalu meningkatkan kedudukan kami apabila diminta. “Satu-satunya alasan dia penjaga gol nombor dua adalah kerana Buffon berada di depannya.”

    Pemenang Liga dan Piala dua musim lalu, Juventus masih dalam persaingan bagi mencatatkan tiga kejayaan, setelah mengetepikan Porto 2-0 minggu lalu dalam perlawanan 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara di Portugal.

    Dan Allegri, yang mengendalikan Juve ke final 2015 dan kekalahan 3-1 kepada Barcelona dalam musim pertamanya, mengakui dia tidak melihat pasukannya beraksi dalam beberapa perlawanan tambahan pada akhir musim. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda