LONDON, 5 OGOS – Pemain tengah Tottenham, Dele Alli terpaksa diketepikan bagi aksi pertama musim baharu Liga Perdana Inggeris kerana kecederaan hamstring.
Pemain kebangsaan England itu cedera ketika latihan dan pengurus Mauricio Pochettino mengesahkan dia akan terlepas aksi pembukaan menentang Aston Villa, Sabtu ini.
Ia satu tamparan besar buat perancang utama itu, yang dibelenggu masalah hamstring musim lalu dan Pochettino mengakui ia membimbangkan.
Pengendali dari Argentina itu, yang menyaksikan pasukannya melengkapkan aksi pramusim seri 1-1 dengan Inter Milan lewat malam tadi berkata: “Saya rasa dia tak bersedia bagi permulaan musim.
“Ia kawasan yang sama. Ya, sudah tentu kami bimbang. Dia masih muda. Baru 23 tahun dan kerap kali mengalami masalah hamstring dalam beberapa tahun terakhir. – AFP