KUALA LUMPUR, 18 Julai – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd berjaya menghalang tuntutan insurans palsu bernilai RM5.6 juta bagi tempoh 2014 dan 2016. Malah, syarikat itu melaporkan purata sekurang-kurangnya enam kes penipuan insurans berkenaan setiap bulan bagi tempoh berkenaan. Ketua Bahagian Tuntutannya, Jayapragash Amblavanar berkata penipuan insurans itu merupakan antara kebimbangan yang terus ketara