Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Premier Motor Co Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan model SUV Almaz RS 2.0L Hybrid baharu yang berlangsung di bilik pameran utama Wuling, Beribi hari ini.
Model SUV hibrid tersebut membawa era baharu mobiliti pintar dengan gabungan teknologi canggih, prestasi mantap, dan penjimatan bahan api yang luar biasa.
Direka untuk pemandu yang mementingkan prestasi, Almaz RS 2.0L Hybrid dilengkapi sistem hibrid termaju yang menawarkan tindak balas pemanduan yang dinamik, pengendalian lancar, dan kecekapan bahan api yang tinggi sesuai bagi gaya hidup moden masa kini.
Dengan motor pemacu elektrik berkuasa 130 kW menghasilkan torque mencecah 320 Nm, memberikan pemanduan bertenaga ketika memandu di lebuh raya mahupun dalam kawasan bandar.
Almaz RS 2.0L Hybrid juga menawarkan ruang dalaman luas dengan tempat duduk untuk tujuh penumpang menjadikannya pilihan ideal bagi keluarga atau perjalanan berkumpulan.
Ia dilengkapi tempat duduk premium dengan balutan kulit, skrin infotainment 10.4 inci dan sistem audio 9 pembesar suara dari Infinity by Harman memastikan pengalaman hiburan yang mengasyikkan sepanjang perjalanan.
Untuk memudahkan pemandu, kenderaan berkenaan juga dilengkapi sistem kamera 360 darjah bagi memastikan tempat letak kereta dan pengendalian di ruang sempit lebih mudah dan selamat.
Mengutamakan aspek keselamatan, Almaz RS 2.0L Hybrid didatangkan dengan sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS), yang merangkumi teknologi keselamatan pintar seperti Adaptive Cruise Control dengan Bend Cruise Assistance, Safe Distance Warning, Forward Collision Warning, Automatic Emergency Braking, Intelligent Hydraulic Braking Assistance, Collision Mitigation System, Traffic Jam Assistance dengan Lane Keeping Function dan juga Lane Departure Warning.
Ciri-ciri berkenaan direka untuk memberi amaran awal kepada pemandu untuk bertindak balas bagi mengelakkan risiko sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan selesa buat pemandu dan penumpang.
Premier Motor Co Sdn Bhd mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan merasai sendiri pengalaman memandu Almaz RS 2.0L Hybrid. Sesi pandu uji bermula pada hari pelancaran esok 20 Jun dan akan berlangsung di bilik pameran Beribi dan Kuala Belait.
Semua di atas: Antara reka bentuk luaran kenderaan berkenaan.