Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Almerez B julang Piala Battle of Almerez

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Pasukan Futsal Almerez B menjulang Piala Battle of Almerez pada perlawanan Futsal Empat Penjuru anjuran Kelab Almerez buat julung kali di Arena Futsal Pusat Kemasyarakatan RPN Kampung Mentiri hari ini.

    Sementara itu, pasukan Futsal Almerez A berpuas hati selaku naib juara manakala pasukan Almerez YN dan Almerez OL terikat seri di tangga ketiga.

    Tetamu kehormat perlawanan akhir, Pengarah Urusan Liga Bola Sepak YAKIN, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang selaku Pengarah Urusan HiTUNE Group of Companies telah menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan pemenang.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HiTUNE Group of Campanies, Hernah Nur Imani binti Muhd Jeffrey turut menyampaikan sijil kepada penerima anugerah pemain-pemain terbaik.

    Awangku Amirul Haziq dari pasukan Futsal Almerez A telah dipilih sebagai pemain terbaik dan Mohd Nabil Maidin menerima anugerah sebagai penjaga gol terbaik. Kejohanan dua hari itu menyaksikan persaingan dalam kalangan pemain dari kelab futsal Almerez untuk memberikan ruang terbaik kepada pemain-pemain bagi meningkatkan prestasi.

    Pemain futsal dari Malaysia, termasuk Mohd Akmal Syahrul Norsyahrizuan, Muhammad Nurfaisal dan Muhammad Nuur Syazwan serta Mohd Iqbal Pasaribu (Indonesia) dan Abol Fadzl Minouei dari Iran turut membantu menghidupkan suasana perlawanan.

    Pengiran Zamri dan Hernah Nur Imani bergambar ramai bersama pemenang kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN YFL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda