Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Almerez FC optimis rangkul kejuaraan BFL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Pasukan Almerez FC tidak mahu lebih awal mendabik dada namun melahirkan rasa optimis untuk merangkul kejayaan menjulang kejuaraan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023.

    Pengurus pasukan Almerez, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Khamis melahirkan rasa optimis dengan kombinasi daripada semua pemain, skuadnya akan mampu memberi saingan yang menarik kepada siap pasukan malah Almerez yang pernah menjuarai Kejohanan Piala Keputeraan 2018 dan naib juara Kejohanan Futsal Brunei (BFC) 2022 bakal menjadi tumpuan pasukan lawan.

    Katanya, Almerez telah membuat persiapan rapi bagi mengharungi perjuangan liga pada kejohanan BFL 2023 dan pasukan juga dikukuhkan lagi dengan beberapa pemain muka baru di samping mengikat dua pemain import dari negara jiran, Sarawak.

    Mohd Syazzuwan bin Hashim, 23, dan Mohammad Fittri bin Zoll, 23, yang mana keduanya sebelum ini menyarung jersi pasukan Warung Futbol dan sering meraih kejayaan dalam kejohanan-kejohanan futsal domestik di Sarawak.

    Menyentuh penglibatan pemain B20, Pasukan Almerez menyambut baik atas inisiatif FABD di mana pemain B20 senarai wajib bagi setiap pasukan di kejohanan BFL 23.

    Dalam pada itu, Almerez dilihat mempunyai kelebihan kerana mempunyai pemain-pemain akademi futsal sendiri yang melahirkan ramai pemain muda yang berpotensi.

    Beberapa pemain B20 yang digilap dari kem Akademi Futsal Almerez telah terpilih untuk menyertai pasukan BIBD, Shah United, GG-Indera SC, MS ABDB Perwira dan PES.

    Perlawanan sulung menentang pasukan Qahar FT dijadualkan berlangsung pada esok hari di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan UBD.

    Para pemain pasukan Almerez FC semasa sesi latihan menjelang perlawanan mereka Brunei Futsal League (BFL) tidak lama lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...