Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Almy Nadia berang produksi batal tawaran kerja saat akhir

    Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa marahnya terhadap satu produksi yang membatalkan tawaran kerja untuk suaminya, Datuk Fizz Fairuz di saat akhir.

    Dalam hantaran yang dikongsikannya di Instagram Story, Almy berkata apa yang berlaku seperti menutup periuk nasi suaminya dan memberi kesan kepada dirinya juga..

    “Lain kali, jangan susahkan periuk nasi orang. Tak jadi kat periuk nasi kamu, tak apa. Nanti, kalau jadi jadi dekat periuk nasi kamu, baru tersungkur.

    “Sebagai isteri, bila suami murung, marah, suka, sedih, isteri akan terkesan sebab isteri adalah orang yang paling rapat.

    “Bila berlaku perkara begini, sedih tengok suami kena ‘game’,” tulisnya.

    Almy berkata apa yang berlaku seperti menutup periuk nasi suaminya dan memberi kesan kepada dirinya. – Agensi

    Almy juga menulis mengenai situasi di mana pihak produksi yang mereka-reka cerita mengenai suaminya kepada penerbit.

    “Nanti, kamu sedap buat cerita kepada penerbit, ‘Datuk tak boleh buat ‘job’ ini sebab ada penggambaran lain. Datuk bagi tarikh banyak sangat’ sedangkan selepas itu, bila penerbit jumpa, ditanya kenapa tak buat ‘job’ itu walaupun sudah awal-awal dimaklumkan.

    “Alasan padu tau. Kita bukan macam dulu, boleh ambil 10 tawaran kerja dalam satu masa. Sekarang zaman kita jaga kualiti,” tulisnya.

    Dia juga menyenaraikan beberapa perkara yang nampaknya mula menjadi isu dalam industri seni lakonan tanah air.

    “Orang dapat tawaran kerja di saat akhir. Pengikut tinggi (banyak), layan bagai raja. Pengikut ‘so so’ (suam kuku), kena pijak. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda