Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alonso kembali ke formula satu?

    MADRID, 19 MEI – Juara dua kali dunia, Fernando Alonso berkata kelmarin dia tidak sabar bagi menyahut cabaran ‘peringkat tertinggi’ dan dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Formula Satu, di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat dia mungkin akan menandatangani untuk menyertai pasukan Renault.

    “Saya dalam fizikal yang hebat dan motivasi saya sangat tinggi, jadi saya mahu fokus dalam kategori peringkat tertinggi, kembali ke F1, kejohanan ketahanan, Indycar’ kata Alonso dalam panggilan video dengan penuntut-penuntut Real Madrid Graduate School-Universidad Europea.

    Alonso, yang memenangi dua kejuaraannya bersama Renault pada tahun 2005 dan 2005, bersara dari Formula Satu pada penghujung musim 2018.

    Pemandu Sepanyol adalah pemenang dua kali Le Mans 24 jam kejohanan ketahanan dan menamatkan di tempat ke-13 dalam Rali Dakar dalam penampilan pertama pada bulan Januari. Dia turut merancang untuk berlumba di Indianapolis 500 tahun ini.

    “Itu adalah apabila saya mencari cabaran dan pilihan untuk beberapa tahun akan datang yang saya putuskan untuk meneruskan cabaran Dakar,” kata Alonso

    “Ia adalah seperti memilih keputusan dan melihat bagaimana saya mungkin menikmati kereta yang berbeza, ia adalah pengalaman positif bahawa saya pasti saya akan melakukannya sekali lagi dalam masa akan datang.

    “(Tetapi) saya rasa cabaran saya yang seterusnya akan menjadi peringkat tertinggi kerana saya masih berfikir saya 100 peratus akan melakukannya,” tambahnya.

    Alonso, 38, sering dikaitkan dengan kepulangan ke Renalut selepas mereka mengumumkan minggu lalu bahawa Daniel Ricciardo akan meninggalkan pasukan untuk ke McLaren pada 2021.

    Flavio Briatore, penasihat Alonso dan bekas ketua pasukan Renault, berkata dia percaya Alonso sudah bersedia untuk membuat kepulangan.- AFP

    Fernando Alonso tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Formula Satu dan dikatakan akan menandatangani bagi pasukan Renault.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda