BERLIN, 4 MAC – Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso berkata sikap tenangnya akan menjadi rahsia dalam menguasai Bayern Munich baru-baru ini menjelang saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.
Alonso mungkin masih kurang pengalaman menjadi jurulatih tetapi dia mengetahui sedikit sebanyak tentang kejayaan Liga Juara-Juara semasa kariernya sebagai pemain.
Alonso pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool dan Real Madrid. Sebagai jurulatih tiga musim di Bayern, dia mara ke final tiga kali dan separuh akhir sebanyak enam kali lagi.
Di bawah Alonso, yang mengambil alih pada Oktober 2022, Leverkusen tidak pernah tewas kepada Bayern, memenangi tiga perlawanan dan seri tiga lagi.
Tetapi dengan ini pertemuan pertama di pentas Eropah dan final musim ini di Munich, pengalamannya boleh memainkan peranan penting untuk Leverkusen.
“Tidak mengapa. Perlawanan seterusnya sentiasa yang paling penting. Ia akan menjadi sukar untuk kami dan ia akan menjadi cabaran besar.
“Kami dalam prestasi. Kami mahu menunjukkan sekali lagi kami boleh membawa perjuangan kepada Bayern. Tetapi kami juga tahu Liga Juara-Juara dan Bundesliga adalah berbeza sama sekali.
“Liga Juara-Juara adalah lebih emosional. Kawalan emosi adalah yang paling penting. Jika bermain buruk selama lima minit, awda telah kalah.”
Kegagalan mengawal emosi telah merugikan pasukan Alonso apabila mereka ditewaskan Atletico Madrid di tempat lawan.
Seteleh berjaya menjaringkan gol pada separuh masa dan bermain menentang 10 pemain, Leverkusen membiarkan emosi menguasai diri. Akibatnya mereka bolos dengan gol Julian Alvarez pada minit ke-90.
Sementara Bayern adalah juara Eropah sebanyak enam kali, pencapaian terbaik Leverkusen hanyalah naib juara kepada Real Madrid pada 2002.
“Kami mengenali (Bayern) satu sama lain dengan baik dan kami telah berlawan baru-baru ini,” kata Alonso.
“Kami perlu mencuba dan menangani saat buruk yang mungkin akan kami hadapi. Kerana itulah Liga Juara-Juara, untuk melalui saat-saat sukar dan tidak melakukan banyak kesilapan.
“Kami akan bermain di sana dan kemudian di laman sendiri. Itulah Bayern, mereka pasukan terbaik di Jerman. (Namun) Tidak selalu pasukan terbaik menang, tetapi kita akan lihat.” – AFP
