Monday, July 8, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Altimet sedia bantu Selangor FC

    Penyanyi rap Altimet menawarkan diri untuk membantu pasukan kelab bola sepak Selangor FC membayar denda susulan dikenakan tindakan setelah menarik diri dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

    Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 46, berkata, dia akan menyumbangkan separuh daripada hasil kutipan royalti harta intelek miliknya tahun ini bagi membantu pasukan berkenaan membayar denda.

    “Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu membayar denda tersebut sekiranya pihak Selangor FC sudi,” katanya.

    Menurut mStar, Altimet berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X miliknya pada petang Selasa.

    Menerusi ciapan itu juga, penyanyi lagu Amboi ini turut meletakkan tanda pagar #Selangorsampaimati bagi menunjukkan sokongan sepenuhnya buat kelab bola sepak tersebut.

    Altimet sanggup memberikan separuh daripada kutipan royalti miliknya. – mStar

    Rata-rata warganet menyokong niat baik penyanyi yang juga merupakan ADUN Lembah Jaya ini dan memintanya membuka tabung untuk memberikan sumbangan bersama.

    “Mantapnya YB (Yang Berhormat), saya yang bukan peminat Selangor FC pun terharu. Terima kasih.

    “Jom YB buka tabung, kami pun nak derma bayar denda,” tulis warganet.

    Pada Selasa, pasukan Selangor FC dipotong tiga mata dalam aksi Liga Super selain perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung tanpa penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

    Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hukuman tersebut susulan penarikan diri pasukan itu pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

    Malah Selangor FC juga didenda sebanyak RM100,000 yang mana wang tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Cuaca panas di kebanyakan kawasan Jepun

    TOKYO, 7 JULAI – Jepun berdepan gelombang haba luar biasa, dengan suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Tokai hingga Kanto, hari ini. Agensi...