Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Altman kembali semula menjadi CEO OpenAI

    SAN FRANCISCO, 22 NOV – OpenAI kelmarin mengumumkan pengasas bersamanya, Sam Altman akan kembali sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), beberapa hari selepas dia dipecat oleh ahli lembaga.

    “Kami mencapai persetujuan secara prinsip dengan Sam untuk kembali ke OpenAI sebagai CEO dengan lembaga sementara yang baharu terdiri daripada Brent Taylor (Pengerusi), Larry Summers dan Adam D’Angelo,” menurut kenyataan yang diumumkan di plaform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Lembaga OpenAI memecat Altman minggu lalu, dengan CEO Mircosoft, Satya Nadella mengumumkan tidak lama selepas dia mengupah Altman untuk menguruskan pasukan penyelidikan kecerdasan buatan baharu.

    Namun, kelmarin Altman berkata dia mendapat sokongan daripada Nadella untuk kembali sebagai CEO OpenAI.

    “Dengan ahli lembaga baharu dan sokongan Satya, saya tidak sabar untuk kembali ke OpenAI, dan membina kerjasama yang kukuh bersama (Mircosoft),” tulisnya di X. – AFP

    Paparan logo OpenAI dan Sam Altman semasa beliau menghadiri Minggu Pemimpin-pemimpin APEC di San Francisco pada 16 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...