Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alumni AAC 1962 erat semula silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 1 MEI – Bagi mengeratkan lagi silaturahim dan menjalin semula hubungan persahabatan yang termeterai sejak zaman sekolah, seramai 14 orang bekas pelajar Maktab Anthony Abell (AAC), Seria telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula sempena Hari Raya Aidilfitri di Restoran dan Katering N-Tre, Kompleks Berjaya, Tutong, kelmarin.

    Perjumpaan semula alumni pelajar Persediaan 1 AAC kemasukan tahun 1962 itu mampu mengimbau kenangan lama sambil menjamu selera yang dipe-ngerusikan oleh Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Napiah.

    Antara alumni yang hadir ialah mantan Pengarah Institut Pengajian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kol (B) Haji Ahmad bin Yahya dan mantan Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Pengiran Dato Paduka Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohamed.

    Majlis antara lain bertujuan untuk mengenang kembali zaman persekolahan 61 tahun yang lalu dalam suasana yang santai dan harmoni.

    Antara alumni pelajar Persediaan 1 AAC kemasukan tahun 1962 bergambar ramai pada majlis pertemuan semula berkenaan. – Gambar serahan Alumni 1962 AAC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...