Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Alumni Shell LiveWIRE gotong-royong bersihkan Pantai Muara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Lebih 30 orang peserta terdiri daripada ahli Alumni Shell LiveWIRE Brunei telah mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Muara, hari ini, sebagai salah satu kempen Adopt-A-Beach Shell LiveWIRE Brunei.

    Turut serta dalam kempen tersebut ialah Pengarah Program Shell LiveWIRE Brunei, Haji Abdul Yusrin bin DSLJ Haji Mohd Salleh, pegawai dari Persatuan Beach Bunch dan warga Shell LiveWIRE Brunei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, acara yang dianjurkan oleh Shell LiveWIRE Brunei itu telah mengumpul lebih 150kg sampah dan dilupuskan dengan sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan serta disokong oleh Persatuan Beach Bunch.

    Adopt-A-Beach merupakan usaha komuniti yang bertujuan memperkasakan individu daripada semua peringkat umur untuk mengambil bahagian dalam pemuliharaan persekitaran marin serta komited bagi memastikan kebersihan Pantai Muara selama setahun melalui siri pembersihan pantai suku tahunan.

    Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan di Pantai Muara, kelmarin. – Gambar serahan LiveWIRE Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...