Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alumni SM SMJA Aliran Inggeris turut semarak malam Maulidur Rasul

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Alumni Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) Aliran Inggeris 1975-1978, baru-baru ini, tidak ketinggalan mengadakan majlis berdikir bagi menyemarakkan malam Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB), Kampung Jangsak.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum bacaan Dikir Syarafil Anam oleh ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Jubli Perak SHHB, Dikir Khairuman oleh rombongan Pasukan Dikir Polis Diraja Brunei dan Dikir Alhamdulillah oleh rombongan Kumpulan Diba’ie Haji Azraee. Kemudian, diikuti dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah dan diserikan dengan Dikir Syarafil Anam Bishahrin dan Dikir Badat (Kopi). Ketua pembimbing dikir ialah Haji Shaifulbahri bin Haji Ahmad daripada rombongan Alumni Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama SM SMJA Aliran Inggeris 1975-1978.

    Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban dan merenjis minyak wangi sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam bagi memberkati majlis.

    Alumni Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama SM SMJA Aliran Inggeris 1975-1978 bergambar ramai bersama jemaah takmir Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak. – Gambar serahan Alumni SM SMJA Aliran Inggeris 1975 -1978
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda