Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alumni YDC Lights On raikan Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Alumni YDC Lights On Kohort ke-4 dengan sokongan daripada Pusat Pembangunan Belia (PPB) dan Tatarias Pusat Belia Bandar Seri Begawan, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kelmarin turut tidak ketinggalan meluang masa menganjurkan Majlis Raya Serumpun YDC Lights On 2025 bertempat di Kafe Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah, PPB, KKBS, Awang Haswandi bin Haji Osman. Turut hadir ialah Penolong Penyelia Pusat Belia, Awang Ibrahim bin Sabli; Kaunselor Kanan Perniagaan LiveWIRE, Awang Bobby Hassan; dan Haji Jaya dari Koperasi PPB.

    Majlis berkenaan bukan sekadar untuk meraikan Aidilfitri, tetapi juga medan untuk menyulam semula tali silaturahim yang mungkin terputus, serta merapatkan saf dalam semangat kekitaan sebagai satu komuniti dan sebagai satu keluarga. Dalam pada itu, ia juga bukan sekadar berkongsi pengalaman bersama, tetapi membina legasi.

    YDC Lights On bukanlah sekadar sebuah platform, tetapi satu gerakan yang menyatukan belia, usahawan, pemimpin komuniti dan pencetus perubahan.

    Berkumpul untuk saling mengenali, berkongsi aspirasi dan menyemai harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

    Ia menjadi lebih bermakna apabila menghimpunkan para peserta YDC Lights On ke-4 dan alumni YDC Lights On PPB iaitu satu inisiatif yang telah melahirkan ramai usahawan muda dan sosial yang berpotensi, berbakat dan ia sebagai tonggak inspirasi dalam kesinambungan perjuangan membina masyarakat yang progresif, keterangkuman dan berdaya cipta.

    Gambar ramai semasa Majlis Raya Serumpun YDC Lights On 2025 baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN ALUMNI YDC LIGHTS ON KOHORT KE-4
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda