Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alvarez, Golovkin janjikan pertarungan epik Mei nanti

    LOS ANGELES, 28 Feb – Juara middle-weight dunia, Gennady Golovkin dan Saul ‘Canelo’ Alvarez berjanji untuk memberikan satu pertarungan epik ketika mereka bakal bersemuka lagi pada 5 Mei.

    Golovkin dari Kazakhstan dikatakan seharusnya memenangi pertarungan pada September tahun lepas menentang Alvarez, apabila satu keputusan juri yang kontroversi mendominasi selepas pertarungan itu.

    Seorang juri memberikan kemenangan kepada Golovkin dan seorang lagi memberikan keputusan seri, terdapat satu kebingungan besar dengan keputusan yang diberikan oleh juri Adalaide Byrd, yang memberikan kemenangan 118-110 kepada Alvarez.

    Hari ini kedua petinju berdepan antara satu sama lain di depan peminat di Los Angeles, dan kedua-duanya berikrar bahawa juri tidak akan menjadi faktor lagi apabila mereka memasuki gelanggang sekali lagi di T-Mobile Arena, Las Vegas, yang kemungkinan menjadi antara pertarungan terbesar tahun ini.

    “Semuanya sudah sedia bagi satu pertarungan luar biasa,” kata Golovkin kepada para wartawan, berkeras menyatakan bahawa dia telah memenangi pertarungan pertama itu.

    Canelo Alvarez (kiri) dan Gennady Golovkin (kanan) ketika menghadiri sidang media di Los Angeles bagi mengumumkan pertarungan semula mereka. – AFP

    “Saya rasa selesa dan 100 peratus saya menang,” tambah Golovkin, 37-0 dengan satu seri dan 33 ‘knockout’.

    Sementara itu pelatih Golovkin, Abel Sanchez, mengejek strategi pukul dan lari Alvarez dalam pertarungan pertama.

    “Saya fikir dia terlalu banyak berlari berbanding melawan,” kata Sanchez.

    “Saya sudah bercakap dengan (Michael) Jordan mengenainya dan bertanya bolehkah dia membuatkan kami beberapa pasang kasut agar bergerak lebih pantas untuk menangkapnya (Alvarez),” kata Sanchez.

    “Saya harap dia memberikan satu pertarungan seperti yang dikatakannya pada kali pertama,.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Minyak harum Nur