Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Alvarez rai ulang tahun dengan 2 jaringan

    MANCHESTER, 1 FEB – Julian Alvarez meraikan ulang tahunnya yang ke-24 dengan penuh bergaya ketika penyerang Manchester City itu menjaringkan dua gol untuk menghadiahkan kemenangan 3-1 ke atas Burnley kelmarin.

    Alvarez menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk memastikan City tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan Burnley yang ketinggalan di Stadium Etihad.

    Jaringan pemain Argentina itu membawa jumlah golnya untuk musim ini kepada 15 dalam semua pertandingan, termasuk tujuh gol dalam tujuh penampilan terakhirnya.

    Rodri menjaringkan gol ketiga City selepas rehat ketika juara Liga Perdana itu mencatatkan lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

    Gol masa kecederaan Ameen Al Dakhil tidak memberikan sebarang kelegaan kepada Burnley, yang menduduki tangga kedua terendah dalam carta.

    City yang berada di tempat kedua terus mengejar pendahulu carta, Liverpool ketika perlumbaan kejuaraan semakin sengit.

    Terdapat lebih banyak berita baik untuk Pep Guardiola apabila Erling Haaland diturunkan dari bangku simpanan selama 20 minit terakhir, menandakan penyerang City itu kembali daripada kecederaan kaki yang mengetepikannya sejak 6 Disember.

    Gol-gol Alvarez adalah lebih daripada mencukupi semasa ketiadaan Haaland, tetapi pemain Norway itu akan menambah satu lagi tahap ancaman kepada pemenang treble ini dalam usaha mereka untuk mengejar Liverpool dan memenangi kejuaraan keempat berturut-turut. – AFP

    Aksi Alvarez dan pemain Burnley, Dara O’Shea semasa perlawanan bola sepak di Stadium Etihad di Manchester pada 31 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...