Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alves gesa Neymar tunjuk keberanian

    TANGIERS, Maghribi, 31 Julai – Pertahanan veteran antarabangsa Brazil Dani Alves berkata dia berharap pemain bintang Neymar akan menyertainya di Paris Saint Germain tetapi menegaskan dia tidak akan menggunakan persahabatan peribadinya untuk mempengaruhi keputusan penyerang Barcelona itu.

    Kedua-duanya adalah rakan sepasukan di Barca sejak ketibaan Neymar pada 2013 sehingga Alves keluar untuk menyertai Juventus setahun lalu.

    Setelah menyertai PSG, Alves, 34, berharap Neymar akan menunjukkan keberanian dan membuat keputusan untuk bersama kelab dari ibu negara Perancis itu yang memiliki kontinjen terbesar dari Brazil melibatkan penyerang Lucas Moura dan pertahanan Thiago Silva dan Marquinhos.

    “Saya berharap ia akan berlaku. Saya tidak kena mengena dengan keputusannya, ia adalah keputusan penting baginya,” kata Alves, selepas menjaringkan gol kemenangan PSG dalam persaingan Piala Super Perancis ke atas Monaco di Tangiers pada Sabtu lalu.

    “Lelaki perlu membuat keputusan seperti ini. Saya berharap dia akan menyertai kami, dia adalah salah seorang sahabat karib saya dan saya mahu sahabat saya selalu hampir.

    Selepas mengaku memainkan peranan membantu Neymar memilih Barcelona, mungkin kali ini Neymar juga bakal mendengar nasihat Alves untuk menyertai PSG. – AFP
    Selepas mengaku memainkan peranan membantu Neymar memilih Barcelona, mungkin kali ini Neymar juga bakal mendengar nasihat Alves untuk menyertai PSG. – AFP

    “Saya tidak akan campur tangan dalam keputusannya. Itu adalah keputusannya tetapi kami akan mengalu-alukannya dengan tangan terbuka jika dia hadir.”

    PSG didakwa menilai sama ada atau tidak untuk membeli klausa pelepasan Neymar bernilai 222 juta euro (AS$261), lebih dari dua kali ganda daripada perpindahan terbesar 89 juta pound (105 juta euro) yang pernah dibayar oleh Manchester United untuk membawa masuk midfield dari Perancis Paul Pogba dari Juventus.

    Pogba bersendirian dalam meyakinkan sahabatnya Romelu Lukaku untuk menyertai United dari Everton dengan bayaran 75 juta pound awal bulan ini tetapi Alves berkata dia tidak akan cuba mempengaruhi rakannya itu.

    “Saya pernah membantunya untuk datang ke Barcelona. Saya tidak membuat keputusan untuk dia tetapi saya memberitahu dia apa yang ada di sana dan dia memutuskan untuk pergi ke sana,” kata Alves.

    “Keputusan adalah bagi keberanian. Saya adalah yang paling berani: saya memutuskan untuk meninggalkan Barca, Juve; saya selalu membuat keputusan. “Dia perlu menentukan untuk matang dan ideanya sudah mula meningkat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda