MADRID, 21 Feb – Pertahanan Brazil Dani Alves membidas pengarah Barcelona di atas layanannya mereka pada akhir musim bersama kelab dari Sepanyol itu.
Bekas bintang Barcelona tersebut menyertai juara Serie A Juventus melalui perpindahan percuma musim panas lalu selepas lapan tahun bersama gergasi Catalan itu.
“Mereka yang mengendalikan Barcelona hari ini tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk melayan para pemain mereka,” Alves memberitahu harian Sepanyol, ABC semalam.
“Saya merasakan seperti diperlukan, dan jika mereka tidak mahukan saya, saya akan keluar. Meninggalkan Barca dengan percuma adalah satu tamparan.
“Ketika tiga musim terakhir saya, saya selalu mendengar Alves mahu keluar, tetapi pengarah tidak pernah menyatakan sesuatu di depan saya.
“Mereka salah dan tidak bersyukur. Mereka tidak menghormati saya. Saya haya ditawarkan persetujuan baru apabila larangan perpindahan FIFA dibuat.