Thursday, May 1, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alvin Chong pilih diam dari bersuara hadapi kontroversi

    Enggan dikenali dengan kontroversi murahan, pelakon Alvin Chong lebih selesa mendiamkan diri daripada bersuara mengenai sesuatu isu hangat.

    Alvin atau Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata dia pilih jalan itu kerana bukan mudah mengekalkan nama baik daripada sebarang kontroversi, menurut laporan mStar.

    Namun dia tidak pula teragak-agak bersuara sekiranya kontroversi tersebut memberi kesan kepada kariernya.

    “Memang susah sikit untuk menjaga nama baik sendiri tapi saya tekad untuk tidak bercakap apa-apa jika timbul sesuatu isu.

    “Kalau kontroversi itu melibatkan saya dan ia betul saya akan biarkan saja tapi kalau salah saya akan bersuara dan terangkan kejadian sebenarnya.

    “Kalau sekadar khabar angin saja, saya akan up story dan sangkal perkara itu selebihnya terpulang pada mereka nak percaya atau tidak,” katanya kepada mStar.

    Pun begitu, dia lebih selesa berkongsi mengenai kariernya bersama peminat berbanding melatah dengan isu-isu tidak penting.

    “Bergantung kepada peribadi artis itu, ada suka cipta kontroversi tapi saya fokus bakat saya seperti lakonan, nyanyian dan model saja,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Alvin juga enggan dikaitkan di dalam kontroversi orang lain kerana ia juga akan memberi kesan kepada dirinya sendiri nanti.

    “Saya juga tak suka menempel kontroversi orang lain, sebab saya tak ada dalam kejadian itu. Bila saya bersuara orang mungkin akan kongsi perkara itu dan menjadi tular.

    “Tapi bagi saya itu bukan hak saya untuk bersuara melainkan saya juga terlibat dalam kejadian itu.

    “Sebenarnya saya pun tak nak orang buat benda yang sama pada saya juga,” kongsinya. – Agensi

    Alvin pilih berdiam untuk jaga nama baiknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda