Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alvin Chong usaha gelapkan kulit untuk nampak lebih maskulin

    Gara-gara memiliki wajah comel atau digelar ‘flower boy’ membuatkan pelakon Malaysia, Alvin Chong tidak dapat mencuba pelbagai watak idaman.

    Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata dia kerap kali ditolak pihak produksi kerana wajahnya yang dikatakan tidak sesuai untuk membawa genre lain selain romantik komedi.

    Kecewa dengan perkara itu, Alvin berkata dia kini sedang berusaha untuk mengubah tona kulitnya agar menjadi lebih gelap kerana mahu kelihatan lebih maskulin.

    “Saya sebenarnya ada pergi beberapa uji bakat untuk watak antagonis tapi mereka cakap muka saya terlalu baik dan penonton tak akan percaya, sebab itulah saya mahu cuba dan diberi peluang.

    “Tapi mereka pula kata muka tak lepas. Jadi sekarang ini saya kerap ke pantai untuk gelapkan kulit sikit biar nampak macam jantan sikit,” katanya kepada mStar.

    Alvin berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran drama pendek Tiada Seperti Leyla yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

    Pun begitu, Alvin bagaimanapun tetap bersyukur dikurniakan raut wajah jambu, malah dia tidak pernah terfikir untuk mengubahnya.

    “Nak buat macam mana, Tuhan bagi muka macam ini. Takkan saya nak pergi buat muka pula.

    “Mungkin muka saya tiada misai, tapi kalau tanam misai pun tak cantik juga… tak akan saya perlu ambil ubat hormon pula?” luahnya. – Agensi

    Alvin mahu terus mencuba mencari watak baru. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda