Biarpun sudah hampir sedekad menceburi bidang seni, penyanyi dan pelakon, Alvin Chong mengakui masih mencari peluang terbaik untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri. Lama tidak tampil dengan karya baharu, baik dalam nyanyian mahupun lakonan, bintang 31 tahun itu menjelaskan, dia kini dalam proses merencana kembali kerjaya seni. “Setelah lama berehat disebabkan pandemik, saya kini