Tuesday, July 22, 2025
31.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alya Iman buat laporan polis, tertekan difitnah jadi penyondol

    Selepas teruk dikecam warganet, pelakon Alya Iman bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti.

    Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, berkata dakwaan tersebut bukan saja memburukkan nama baiknya namun turut menjejaskan kesihatan mental dirinya.

    Tambah Alya lagi, tuduhan berkenaan hanya andaian yang dibuat warganet dan tidak mempunyai bukti sahih.

    “Akibat daripada isu ini, saya telah menjadi sasaran tohmahan dan fitnah oleh warganet yang menyebarkan pelbagai kenyataan tidak berasas, mencaci, serta melabel saya.

    “Segala tuduhan tersebut adalah fitnah yang mencemarkan nama saya. Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya telah mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.

    “Spekulasi dan kata-kata kesat yang dilemparkan secara bebas di media sosial berlaku tanpa sebarang bukti yang sah,” katanya.

    Alya berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya menurut laporan mStar.

    Dalam hantaran lain turut memaparkan Alya mengenakan baju berona hijau berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

    Kata Alya, tindakan yang diambil sebagai amaran agar warganet tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah melibatkan dirinya.

    “Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah, saya mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan.

    “Saya juga berharap tindakan ini dapat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya dan menjadi pengajaran kepada mana-mana individu agar lebih bertanggungjawab terhadap apa yang disebarkan di media sosial,” katanya.

    Dalam pada itu, Alya berkata kisah lalunya menjadi pengajaran buat dirinya untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

    “Saya tidak menafikan saya bukanlah insan sempurna. Namun, apa yang berlaku pada masa silam biarlah menjadi pengajaran.

    “Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik,” kongsinya.

    Meskipun tidak menyebut nama, dipercayai laporan itu dibuat selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.  – Agensi

    Alya tak nak beri muka lagi pada warganet yang menyebar fitnah padanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda