Dakwaan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak serta dituduh sebagai gadis murahan mengundang kemarahan pelakon baharu Alya Iman. Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 19, berkata dia dan Zizan hanya berkawan tanpa membabitkan soal perasaan. “Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul.