Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alyah dapat panggilan tunaikan haji

    Baru memasuki minggu kedua program The Hardest Singing Show, penyanyi Malaysia, Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada menyertai pertandingan berkenaan.

    Memetik laporan mStar, Kata Alyah, 43, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat panggilan menunaikan haji pada Jun nanti.

    “Saya memohon maaf kepada semua tenaga kerja The Hardest Singing Show, saya terpaksa mengundur diri daripada pertandingan ini. Saya doakan kalian dapat buat dengan sehabis baik.

    “Saya akan berangkat ke Tanah Suci, Alhamdulillah saya mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini,” katanya.

    Alyah berkongsi perkara itu melalui satu klip video yang ditayangkan pihak Astro ketika siaran langsung The Hardest Singing Show pada malam Ahad.

    Dalam pada itu, Alyah turut memohon doa orang ramai supaya beliau diberi kesihatan dan mendapat haji mabrur.

    “Saya juga mohon semua orang mendoakan saya dan mendapat haji yang mabrur,” ujarnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan Alyah untuk berangkat ke tanah suci dipermudahkan.

    Minggu pertama The Hardest Singing Show yang berlangsung pada 12 Mei lalu, Alyah meraih kedudukan keenam dengan markah 64.08. – Agensi

    Alyah tarik diri kerana dapat panggilan tunaikan haji. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda